21 Jun 2021
KUALA LUMPUR – Kumpulan Axiata Berhad (“Axiata”), Telenor Asia Pte Ltd (“Telenor”) dan Digi.Com Berhad (“Digi”) (bersama-sama “Parti”) mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menyelesaikan proses ketekunan wajar dan telah memeterai perjanjian urus niaga bagi cadangan penggabungan Celcom Axiata Berhad (“Celcom”) dan Digi (bersama-sama “MergeCo”).
Susulan pengumuman pada 8 April 2021 lalu bahawa Axiata dan Telenor dalam perbincangan lanjut bagi cadangan penggabungan, perjanjian yang dimeterai hari ini membuktikan kesungguhan cadangan tersebut bagi membentuk perdagangan yang lebih kukuh dan penyedia perkhidmatan konvergens yang lebih mampan dan menjadi pengendali telekomunikasi tempatan yang mampu meletakkan hasrat Malaysia sebagai sebuah negara digital.
Berdasarkan pro forma1, penggabungan Celcom-Digi akan membentuk sejumlah 19 juta pelanggan dengan pendapatan sekitar RM12.4 bilion, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sejumlah RM5.7 bilion, keuntungan selepas cukai sejumlah RM1.9 bilion dan aliran tunai bebas2 sejumlah RM4.0 bilion.
Axiata dan Telenor bakal menjadi rakan niaga setara dengan masing-masing menguasai 33.1 peratus pegangan di dalam MergeCo, dan MergeCo akan terus disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa”). Dijangkakan menjadi antara 5 syarikat terbesar disenaraikan di dalam Bursa berdasarkan penguasaan pasaran, MergeCo dinilai pada nilai ekuiti pra-sinergi yang digabungkan mencecah hampir RM50 bilion3.
Fasa cadangan penggabungan akan melibatkan kerja terperinci berkaitan sinergi dan pelan perniagaan MergeCo dan sasaran awal menunjukkan potensi nilai pertambahan menerusi sinergi kos dan perbelanjaan modal sekitar RM8 bilion pada nilai asas bersih semasa.
MergeCo bakal menyaksikan penyatuan skala, pengalaman, kompetensi dan kekuatan kewangan bagi kedua-dua kumpulan telekomunikasi global dengan pengalaman pasaran bagi kedua-dua syarikat tempatan yang mampan. MergeCo bakal memperoleh kebolehan keumpilan pada teknologi dan menarik syarikat perkongsian-internet global dalam menyalurkan penyelesaian inovatif kepada para pelanggan. Penggabungan ini bakal merancakkan lagi perkembangan 5G, internet kebendaan (Internet of Things, IoT) dan pengkomputeran awan (cloud computing) yang bakal memacu proses digitalisasi merentasi seluruh pelusuk masyarakat.
MergeCo juga menyasarkan untuk melakukan pelaburan sehingga RM250 juta bagi tempoh 5 tahun bagi membangunkan Pusat Inovasi bertaraf dunia yang bakal ditubuhkan di Kuala Lumpur bertujuan menjadi pemangkin kepada transformasi digital 4IR, mengukuhkan ekosistem tempatan dan meletakkan Malaysia sebagai peneraju evolusi digital antarabangsa. Dengan mengambil peluang dalam ekonomi digital, Pusat Inovasi ini bakal melaksanakan kajian terperinci penyelidikan dan pembangunan, membangunkan penggunaan kes 5G sedia ada, membantu syarikat permulaan digital dan menyediakan ruang bagi memupuk kewujudan kakitangan berasaskan pengetahuan sejajar dengan aspirasi MyDIGITAL.
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata
Kami sedang menunjukkan kemajuan menerusi penggabungan yang sedang berlangsung dengan Telenor dan Digi, sejajar dengan hasrat dan komitmen kami untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan kami dalam usaha pendigitalan ekonomi negara. Kami berharap dapat memberikan nilai tambah dan pilihan yang lebih baik yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat, terutamanya untuk merapatkan jurang di kawasan luar bandar serta membantu perniagaan kediaman dan perusahaan memanfaatkan peluang baru dalam persekitaran digital yang pesat ini.
Mengandaikan kelancaran peralihan, dalam tempoh pasca integrasi, kami menjangkakan peningkatan dalam EBITDA dan margin aliran tunai dalam entiti gabungan seiring dengan komitmen berterusan kami untuk memaksimumkan pembayaran dividen bagi para pemegang saham kami.
Menerusi pemakluman awal, Axiata dan Telenor bersepakat mencalonkan Dato’ Izzaddin Idris sebagai Pengerusi, Jørgen C. Arentz Rostrup sebagai Timbalan Pengerusi, Idham Nawawi sebagai CEO dan Albern Murty sebagai Timbalan CEO MergeCo yang akan dinamakan Celcom Digi Berhad tertakluk kepada kelulusan daripada pemegang saham MergeCo.
Dalam aspek kepentingan nasional, Axiata dan pemegang saham institusi utama Malaysia dijangka memiliki lebih dari 51% MergeCo setelah selesai. Axiata dan Telenor juga menegaskan komitmen mereka dalam melindungi kebajikan pekerja tanpa sebarang pemberhentian secara paksa. MergeCo akan memberi peluang kepada kakitangannya untuk terus membangunkan kendiri pada setiap fungsi, meningkatkan kecekapan baharu dan menjadi sebahagian daripada pertumbuhan syarikat yang digabungkan ini pada masa hadapan.
Di akhir proses ini, penggabungan Celcom dan Digi akan memberikan Axiata saham baharu yang diterbitkan di Digi, mewakili 33.1% daripada modal saham terbitan Digi yang diperbesar, pertimbangan tunai sebanyak RM2.0 bilion di mana kira-kira RM1.7 bilion daripada Digi sebagai hutang di MergeCo dan kira-kira RM300 juta dari Telenor sebagai sebahagian daripada pemerataan pemilikan berdasarkan syarat penggabungan yang dicadangkan.
Keseluruhan transaksi adalah tertakluk kepada persetujuan pemegang saham Axiata dan Digi, pengesahan dan penerimaan kelulusan peraturan dan terma serta syarat lain yang tertakluk. Sekiranya tiada aral melintang, cadangan penggabungan ini dijangka akan dapat diselesaikan pada suku kedua 2022.
1 Berdasarkan Laporan Kewangan berakhir 31 Disember 2020.
2 Aliran Tunai Bebas didefinisikan sebagai “EBITDA less Capex paid.”
3 Setelah mengambil kira penerbitan syer biasa di dalam Digi.
Telenor Group is a leading telecommunications company across the Nordics and Asia with 187 million customers and annual sales of around USD 14 billion (2020). We are committed to responsible business conduct and driven by the ambition of empowering societies. Connectivity has been Telenor's domain for more than 160 years, and our purpose is to connect our customers to what matters most. Telenor is listed at Oslo Stock Exchange under the ticker TEL. For more information, see www.telenor.com
Press Contact
Tormod Sandstø
Director Media Relations, Telenor Group
As one of the leading telecommunications groups in Asia in pursuit of its vision to be The Next Generation Digital Champion by 2024, Axiata has transformed itself from a holding entity with a portfolio of pure-play mobile assets into a Triple Core Strategy driven business focusing on Digital Telco, Digital Businesses and Infrastructure.
Within ASEAN and South Asia, the Group has controlling stakes in market-leading mobile and fixed operators in the region including 'Celcom' in Malaysia, 'XL' in Indonesia, 'Dialog' in Sri Lanka, 'Robi' in Bangladesh, 'Smart' in Cambodia and 'Ncell' in Nepal. Axiata is actively spearheading efforts to transform its mobile-centric operations into digital converged companies.
Axiata Digital, the digital services arm of Axiata is focused on two digital business verticals namely Digital Financial Services ('Boost', ‘Aspirasi’) and Digital Analytics & AI ('ADA').
'edotco', the Group's infrastructure company, operates in eight countries to deliver telecommunications infrastructure services, amassing approximately 32,800 towers. Presently the 16th largest independent tower companies globally, it aims to be one of the top regional telecommunications tower companies and is committed to responsible and sustainable business operations.
As a committed and long-term investor, and in line with its sustainability goals, the Group actively supports and drives young talent development; disaster response and recovery; as well as green initiatives. Axiata's broader goal of Advancing Asia aims to piece together the best in the region in terms of innovation, connectivity and talent. For further information on Axiata visit www.axiata.com
Issued By
Corporate Communications
Axiata Group Berhad
Level 30, Axiata Tower,
9 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur Malaysia