Advancing Asia as a New Generation Digital Champion

Notis Privasi

Notis Privasi

Axiata Group Berhad dan ahli-ahli kumpulan syarikatnya di Malaysia seperti yang disenaraikan dalam Lampiran A (dirujuk bersama dan/atau secara individu sebagai "Axiata" atau "kami") adalah komited untuk melindungi data peribadi pelanggan perniagaan, rakan kongsi perniagaan dan pembekal, pelawat, pemohon, calon dan benefisiari Yayasan Axiata atau programnya dan data peribadi individu yang bekerja untuk, atau bertindak bagi pihak pelanggan perniagaan, rakan kongsi perniagaan kami, pembekal dan/atau pemohon, calon dan benefisiari (secara kolektif, “subjek data”) yang telah diberikan kepada kami. Di Axiata, kami memandang serius berkenaan privasi dan semua aktiviti kami disokong berdasarkan prinsip T.R.U.S.T. kami yang bersifat telus (Transparent), menghormati hak (Rights) anda, semasa kami menggunakan (Use) data peribadi anda, melalui amalan keselamatan (Security) siber yang kukuh dan kami menggunakan kecermatan yang sewajarnya apabila pemindahan (Transfer) data diperlukan. Dalam notis privasi (“Notis Privasi”) ini, semua rujukan kepada 'data peribadi' hendaklah termasuk 'data peribadi sensitif'.

Notis Privasi ini menerangkan apa dan bagaimana data peribadi dikumpul dan diproses (seperti yang didefinisikan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan/atau undang-undang lain yang berkenaan), bagi maksud apa ia dikumpul dan diproses lebih lanjut oleh kami, sumber (jika ada) data peribadi, kepada siapa data peribadi didedahkan dan bagaimana untuk mengakses dan mengemaskini data peribadi anda dan ke mana anda harus rujuk untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan data peribadi tersebut.

Sekiranya anda memberikan kami data peribadi individu lain, dengan ini anda menjelaskan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada individu tersebut sebelum memberikan data peribadi mereka kepada kami. Rujukan terhadap ‘data peribadi anda’ di dalam Notis Privasi ini juga termasuk data peribadi individu itu yang anda berikan kepada kami.

Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Maklumat berkenaan kanak-kanak

Sekiranya anda di bawah umur 18 tahun, anda dikehendaki mendapatkan kebenaran ibu bapa anda, penjaga atau individu yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa ke atas anda sebelum menghantar data peribadi anda kepada kami (contohnya, nama, alamat dan alamat e-mel anda).

Apakah jenis data peribadi yang kami kumpul?

Jenis-jenis data peribadi yang kami kumpul atau dapatkan berbeza mengikut bentuk hubungan kami dengan subjek data dan termasuk perkara-perkara berikut:

A. Untuk Pelanggan Perniagaan

  • maklumat kontak (seperti nama, alamat, alamat e-mel dan nombor telefon)
  • maklumat perbankan (seperti debit langsung, transaksi perbankan dan pembayaran bil berkaitan)

B. Untuk Rakan Kongsi Perniagaan dan Pembekal

  • maklumat kontak (seperti nama, alamat, alamat e-mel dan nombor telefon)
  • maklumat pengenalan diri (seperti nombor kad pengenalan, nombor passport, nombor pendaftaran cukai, nombor keselamatan sosial, lesen memandu, tarikh lahir)
  • maklumat perniagaan (seperti nama organisasi, nama jawatan, jabatan, alamat perniagaan struktur organisasi, pegangan saham, kepengarahan)
  • mana-mana rakaman yang diambil melalui platform komunikasi kami (seperti rakaman telefon, Microsoft Teams, Zoom dan sebagainya)
  • maklumat yang terkandung dalam dokumen pendaftaran perniagaan, dokumen usaha wajar pihak ketiga, rujukan perdagangan dan semakan kredit
  • maklumat kewangan termasuk maklumat akaun perbankan dan penyata akaun perbankan

C. Untuk Pelawat ke mana-mana Premis atau Acara Kami

  • maklumat kontak (seperti nama, alamat, alamat e-mel dan nombor telefon)
  • maklumat pengenalan diri (seperti nombor kad pengenalan, nombor pasport dan sebagainya)
  • maklumat perniagaan (seperti nama organisasi dan sebagainya)
  • tujuan lawatan
  • tarikh dan masa lawatan
  • pengecaman biomatriks dan wajah
  • nota keselamatan (arahan khas dan sekatan akses)
  • mana-mana bahan visual yang diambil atau dirakam oleh sistem kamera pengawasan (CCTV) kami atau sistem rakaman lain

Anda diwajibkan untuk memberikan data peribadi tersebut sekiranya anda memasuki mana-mana premis kami atau menghadiri sebarang acara kami.

D. Untuk Pemohon, Calon dan Benefisiari

  • maklumat kontak (seperti nama, alamat, alamat e-mel dan nombor telefon)
  • maklumat pengenalan diri (seperti nombor kad pengenalan, nombor pasport, nombor pendaftaran cukai, tarikh lahir dan sebarang maklumat pengenalan lain)
  • maklumat demografi (seperti julat umur, status perkahwinan, jantina dan sebagainya)
  • maklumat kewangan (seperti pendapatan ibu bapa, pendapatan benefisiari, nama dan nombor akaun bank dan sebagainya)
  • maklumat pendidikan (seperti bidang pengajian, universiti, negara di mana anda belajar, skor dan pencapaian akademik, pensijilan profesional dan sebagainya)
  • maklumat pekerjaan (seperti nama majikan, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, jawatan, tempoh pekerjaan dan sebagainya)
  • mana-mana gambar foto atau bahan visual video yang dihantar kepada Yayasan Axiata (seperti gambar profil, serahan penyertaan peraduan dan sebagainya)

Data peribadi sensitif tambahan yang mungkin kami kumpulkan:

  • maklumat kesihatan

Data peribadi sensitif tambahan yang kami kumpul

Kami boleh, semasa keadaan krisis seperti peperangan, huru hara, bencana alam, krisis kesihatan/wabak penyakit mengumpul:

  • keadaan kesihatan dan fizikal
  • keadaan kesihatan individu di dalam isi rumah anda
  • keputusan ujian kesihatan anda, jika ada
  • sama ada anda berada dalam pengasingan diri semasa anda tidak sihat
  • suhu badan

Anda diwajibkan untuk memberikan data peribadi tambahan tersebut sekiranya anda memasuki mana-mana premis kami atau menghadiri sebarang acara kami semasa krisis seperti tersebut.

Bilakah kami mengumpul data peribadi anda?

Kami mengumpul atau mendapatkan data peribadi anda:

A. Untuk Pelanggan Perniagaan

  • apabila anda menggunakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami (termasuk melalui pusat panggilan, wakil perniagaan dan saluran jualan kami)
  • apabila anda menghubungi kami atau mendaftar maklumat berkaitan dengan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami atau bagi apa-apa maksud lain
  • apabila anda berkomunikasi dengan kami (seperti melalui panggilan telefon, pesanan text atau saluran digital lain, e-mel, soal selidik atau hasil kajian)
  • apabila anda menggunakan atau berinteraksi melalui mana-mana aplikasi digital kami, mengunjungi mana-mana laman web atau halaman media sosial kami (maklumat berkenaan perkara ini diterangkan di dalam Notis Kuki kami)
  • apabila anda mengambil bahagian dalam mana-mana majlis promosi, insentif atau program kesetiaan kami
  • daripada agensi luar (seperti agensi rujukan kredit, agensi tapisan atau siasatan)
  • daripada pengkalan data dalaman kami selaras dengan bentuk hubungan anda dengan mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata

B. Untuk Rakan Kongsi Perniagaan dan Pembekal

  • apabila anda menggunakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami
  • apabila anda berhubung dengan kami (seperti melalui panggilan telefon, pesanan text atau saluran digital lain, e-mel, soal selidik atau hasil kajian)
  • apabila anda menggunakan atau berinteraksi melalui mana-mana aplikasi digital kami, mengunjungi mana-mana laman web atau halaman media sosial kami (maklumat berkenaan perkara ini diterangkan di dalam Notis Kuki kami)
  • daripada agensi luar (seperti agensi rujukan kredit, agensi tapisan atau siasatan)
  • daripada pengkalan data dalaman kami selaras dengan bentuk hubungan anda dengan mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata

C. Untuk Pelawat ke mana-mana Premis atau Acara Kami

  • apabila anda menggunakan rangkaian, sistem dan/atau perkhidmatan kami
  • apabila anda melengkapkan log pelawat atau menyerahkan borang kemasukan pelawat kami
  • apabila anda memberikan kami dokumen pengenalan diri anda
  • apabila anda memberi maklumat kepada hos anda
  • daripada sistem kamera pengawasan (CCTV) kami atau sistem rakaman lain

D. Untuk Pemohon, Calon dan Benefisiari

  • apabila anda menghantar permohonan secara dalam talian untuk mengambil bahagian dalam mana-mana program atau acara kami
  • apabila anda menghubungi kami atau mendaftar untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan program dan/atau perkhidmatan kami atau bagi apa-apa maksud yang lain
  • apabila anda berkomunikasi dengan kami (seperti melalui SMS, pesanan text atau saluran digital lain, e-mel, soal selidik atau hasil kajian)
  • apabila anda menggunakan atau berinteraksi melalui mana-mana aplikasi digital kami, mengunjungi mana-mana laman web atau halaman media sosial kami (maklumat berkenaan perkara ini diterangkan di dalam Notis Kuki kami)
  • daripada agensi luar (seperti agensi pekerjaan, penganjur majlis, rakan kongsi perniagaan, pengangkutan, penginapan dan mana-mana pembekal program lain yang berkaitan)
  • daripada pengkalan data dalaman kami selaras dengan bentuk hubungan anda dengan mana-mana syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata
  • daripada sistem kamera pengawasan (CCTV) kami atau mana-mana system rakaman lain apabila anda hadir secara fizikal di mana-mana premis atau acara kami
  • daripada mana-mana gambar dan/atau penggambaran video program tersebut

Bagaimanakah kami menggunakan data peribadi anda?

Data peribadi anda boleh digunakan atau diproses bagi maksud:

A. Untuk Pelanggan Perniagaan

  • membekalkan anda dengan produk, perkhidmatan dan/atau tawaran kami yang mungkin menarik minat anda
  • memaklumkan anda mengenai faedah dan perubahan terhadap ciri-ciri produk dan perkhidmatan kami
  • membekalkan anda dengan tawaran, kempen dan promosi terkini kami (jika anda melanggan untuk maklumat terkini)
  • menghantar kepada anda pesanan perkhidmatan mengenai langganan atau pendaftaran akaun kami
  • menggunakan data anda bagi penyertaan dalam soal selidik pelanggan atau mesyuarat
  • patuh di sisi undang-undang, kontraktual dan/atau obligasi regulatori
  • melindungi atau melaksanakan perundangan kami, kontraktual dan/atau hak dan remedi regulatori
  • menghantar kepada anda maklumat melalui penggilan telefon, pesanan text atau saluran digital lain, e-mel dan sebagainya atau media sosial mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga terpilih yang boleh menarik minat anda
  • bagi maksud sah yang lain

B. Untuk Rakan Kongsi Perniagaan dan Pembekal

  • pelaksanaan perniagaan
  • organisasi dan pengurusan perniagaan
  • kesihatan, keselamatan dan sekuriti
  • patuh di sisi undang-undang, kontraktual dan/atau obligasi regulatori
  • melindungi atau melaksanakan perundangan, kontraktual dan/atau hak dan remedi regulatori kami
  • melindungi aset dan kepentingan kami
  • bagi maksud sah yang lain

C. Untuk Pelawat ke mana-mana Premis atau Acara Kami

  • kesihatan, keselamatan dan jaminan
  • membekalkan anda akses kepada rangkaian, sistem dan/atau perkhidmatan kami
  • patuh di sisi undang-undang, kontraktual dan/atau obligasi regulatori
  • melindungi atau melaksanakan perundangan kami, kontraktual dan/atau hak dan remedi regulatori
  • bagi maksud sah yang lain

D. Untuk Pemohon, Calon dan Benefisiari

  • untuk pemilihan permohonan secara dalam talian dan proses perekrutan
  • memahami demografi peserta
  • untuk perancangan logistik dan pelaksanaan program
  • sebagai sebahagian daripada iklan dan/atau kemas kini umum pada sebarang platform media
  • untuk pelepasan keselamatan di premis pihak ketiga
  • patuh di sisi undang-undang, kontraktual dan/atau obligasi regulatori
  • melindungi atau melaksanakan perundangan kami, kontraktual dan/atau hak dan remedi regulatori
  • untuk penempatan latihan amali
  • pendaftaran untuk program lanjutan (dalaman dan luaran)
  • bagi maksud sah yang lain

Kepada siapakah kami mendedahkan data peribadi anda?

Kami boleh mendedahkan data peribadi anda:

A. Untuk Pelanggan Perniagaan

  • kepada mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata
  • kepada pembekal perkhidmatan dan/atau operator lain semasa membuat panggilan antarabangsa
  • kepada pihak ketiga apabila pendedahan adalah perlu atau wajar untuk melindungi hak Axiata dan/atau mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata, melindungi keselamatan anda, menyiasat penipuan atau memberi maklum balas terhadap permintaan penguatkuasa undang-undang
  • kepada pembekal perkhidmatan kami, jurutera lapangan, kontraktor, subkontraktor, Sub-Pemproses (didefinisi di bawah) atau mana-mana pihak ketiga yang menjalankan kerja bagi pihak kami atau atas arahan Axiata dan/atau mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata
  • kepada rakan kongsi perniagaan bagi aktiviti pemasaran kami
  • kepada pihak ketiga bagi semakan kredit dan pengurusan penipuan
  • kepada pihak ketiga bagi melaksanakan analitik untuk memahami bagaimana anda menggunakan perkhidmatan kami
  • kepada pihak ketiga bagi maksud penyelidikan dan pembangunan
  • kepada wakil jualan dan ejen Axiata dan/atau mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata
  • kepada pihak ketiga bagi maksud seperti yang diterangkan di bawah “Bagaimanakah kami menggunakan data peribadi anda?”

B. Untuk Rakan Kongsi Perniagaan dan Pembekal

  • kepada mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata
  • kepada ejen pihak ketiga, pembekal perkhidmatan, pakar runding, penasihat, kontraktor dan/atau subkontraktor Axiata dan/atau mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata
  • kepada mana-mana pihak yang dilantik oleh anda atau bagi pihak anda untuk memproses data peribadi (“Sub-Pemproses”)
  • kepada mana-mana pihak berkuasa awam, kerajaan, agensi regulatori atau fiskal di mana ianya adalah perlu untuk mematuhi obligasi undang-undang atau regulatori sepertimana yang Axiata dan/atau mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata tertakluk kepada atau seperti yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan yang digunakan
  • kepada pihak ketiga bagi maksud seperti yang diterangkan di bawah “Bagaimanakah kami menggunakan data peribadi anda?”

C. Untuk Pelawat ke mana-mana Premis atau Acara Kami

Kami tidak mengongsi/memindahkan secara rutin data peribadi anda dengan mana-mana organisasi luar atau pihak ketiga. Walau bagaimanapun, di mana dan bagaimana kami mengongsi/memindahkan data peribadi anda, ia mungkin:

  • kepada mana-mana orang yang dikehendaki oleh undang-undang, kontrak, keperluan kerajaan atau pengawal selia untuk membuat pendedahan
  • kepada kakitangan kami yang sah, ejen pihak ketiga atau penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk memproses data peribadi anda
  • kepada mana-mana penyedia perkhidmatan keselamatan dan kecemasan
  • kepada pihak ketiga bagi maksud seperti yang diterangkan di bawah “Bagaimanakah kami menggunakan data peribadi anda?”

D. Untuk Pemohon, Calon dan Benefisiari

  • kepada rakan kongsi logistik untuk perancangan dan pelaksanaan program
  • kepada rakan kongsi perniagaan untuk simulasi dan cabaran perniagaan
  • kepada agensi pengangkutan untuk urusan perjalanan
  • kepada agensi insurans untuk perlindungan kemalangan perjalanan peribadi
  • kepada pembekal perkhidmatan platform digital untuk pembelajaran secara dalam talian dan perkembangan diri
  • kepada pembekal kreatif dan media sosial untuk penerbitan montaj program, bahan promosi, siri televisyen, audio siar, kiriman media sosial dan sebagainya
  • kepada mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata
  • kepada pihak ketiga apabila pendedahan diperlukan atau wajar untuk melindungi hak kami, melindungi keselamatan anda, menyiasat penipuan atau memberi maklum balas terhadap permintaan penguatkuasa undang-undang
  • kepada pihak ketiga untuk mengukur keberkesanan program kami
  • kepada pihak ketiga bagi maksud seperti yang diterangkan di bawah “Bagaimanakah kami menggunakan data peribadi anda?”

Kami menggunakan usaha yang munasabah mengikut amalan terbaik industri bagi memastikan bahawa perkara yang dinyatakan di atas mengekalkan kerahsiaan data peribadi anda dan dihadkan daripada menggunakan data peribadi anda bagi apa-apa maksud yang tidak dibenarkan.

Pemindahan Data Peribadi

Kami mungkin memindahkan data peribadi anda merentasi sempadan geografi kepada entiti lain. Dalam keadaan di mana data peribadi anda telah dipindahkan kepada ahli-ahli kumpulan syarikat kami dan/atau kepada pihak ketiga yang di luar Malaysia, pemindahan data peribadi anda dilakukan melalui langkah-langkah organisasi, kontraktual dan perundangan serta dengan tahap perlindungan yang mencukupi di samping apa-apa keperluan undang-undang tempatan tambahan terhadap pihak yang menerima maklumat tersebut bagi maksud melindungi data peribadi anda.

Bagaimanakah kami menyimpan dan melindungi data peribadi anda?

Kami mungkin mengumpul dan menyimpan data peribadi anda dalam bentuk elektronik dan/atau fizikal, bergantung kepada keperluan. Maklumat boleh disimpan dalam Sistem IT di premis kami atau pihak ketiga (contoh storan awan luaran, sistem pengurusan dalaman atau pihak ketiga, e-mel, pengkalan data, pemacu keras), gudang dokumen dan sebagainya.

Kami berusaha, jika berkenaan, untuk memproses data peribadi anda dalam persekitaran yang selamat dengan cara menghalang apa-apa pemprosesan data peribadi tanpa izin atau menyalahi undang-undang atau kehilangan data secara tidak sengaja atau pemusnahan atau kerosakan terhadap maklumat itu. Kami telah melaksanakan pelbagai pendekatan keselamatan secara fizikal, teknikal dan pentadbiran bagi melindungi data peribadai anda dan rangkaian kami daripada akses tanpa izin. Sebahagian daripada pendekatan ini termasuk:

  • enkripsi data dalam transit atau tidak bergerak
  • kepatuhan sepenuhnya terhadap amalan privasi dan keselamatan
  • penilaian keselamatan dan penilaian secara berkala untuk mempertingkatkan amalan kami
  • sekatan untuk mengakses data itu ke atas kakitangan yang mempunyai keperluan untuk mengetahui data tersebut

Berapa lamakah kami menyimpan data peribadi anda?

Kami akan menyimpan data peribadi anda hanya selama maklumat itu diperlukan bagi tujuan data peribadi itu dikumpul. Tempoh penyimpanan data peribadi juga ditentukan oleh keperluan undang-undang yang diguna pakai. Dalam semua kes maklumat boleh disimpan bagi tempoh yang lebih panjang di mana terdapat keperluan undang-undang atau regulatori untuk berbuat demikian (oleh itu data tersebut akan dipadamkan apabila tidak lagi diperlukan untuk tujuan undang-undang atau regulatori) atau tempoh yang lebih pendek di mana individu tersebut membantah pemprosesan data peribadi mereka.

Apakah hak anda?

Kami menghormati hak dan privasi anda dengan mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa data peribadi anda tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Bagi maksud pengakuran terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, kami menjamin bahawa:

  • anda berhak untuk mengetahui apakah data peribadi yang kami ada mengenai anda
  • anda berhak untuk meminta salinan data peribadi anda
  • anda berhak untuk membetulkan data peribadi anda untuk memastikan ianya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini
  • anda berhak untuk menarik balik kebenaran anda daripada kami terhadap pemprosesan data peribadi anda
  • anda juga boleh meminta kami untuk menghadkan penggunaan data peribadi anda jika penggunaan tersebut boleh mengakibatkan kerosakan atau kesusahan
  • anda berhak untuk menghalang pemprosesan data peribadi anda bagi maksud pemasaran langsung.

Bagi melaksanakan hak anda, anda boleh menghubungi kami melalui maklumat di bahagian ‘Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut’ yang diberikan di bawah.

Anda boleh meminta kami supaya menghentikan komunikasi kami kepada anda dengan menghubungi kami melalui maklumat kontak seperti dinyatakan di bawah. Pilihan-pilihan ini tidak berkaitan dengan penerimaan produk atau komunikasi perkhidmatan wajib yang dianggap sebagai sebahagian produk atau perkhidmatan Axiata dan/atau mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata yang tertentu, yang anda terima secara berkala, kecuali anda membatalkan langganan terhadap produk atau perkhidmatan kami.

Penyediaan data peribadi secara sukarela dan wajib

Kecuali dinyatakan lain dalam Notis Privasi ini, penyediaan data peribadi anda adalah sukarela. Sekiranya anda gagal memberikan data peribadi, ini boleh menyebabkan akibat yang dijelaskan dalam bahagian berikut.

Akibat jika tidak memberikan data peribadi

Kami mungkin memerlukan kumpulan data peribadi tertentu mengenai anda dan kegagalan untuk memberikan maklumat itu boleh:

  • mengakibatkan kami menghalang kemasukan anda ke premis kami atau menyertai acara kami
  • menyebabkan kami tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau memberikan perkhidmatan kami
  • menyebabkan kami tidak dapat memberi maklum balas kepada permintaan anda terhadap produk/perkhidmatan kami
  • menghadkan atau menghalang akses kepada ciri-ciri dalam laman web/pautan laman web kami
  • menyebabkan kami tidak dapat memaklumkan tentang maklumat terkini berkaitan apa-apa promosi atau pelancaran perkhidmatan/produk kami
  • menyebabkan anda tidak dapat menerima jemputan ke aktiviti promosi yang dianjurkan oleh kami
  • menjejaskan secara negatif keupayaan kami untuk berkomunikasi dengan anda
  • menyebabkan ketidakupayaan kami untuk mengikat kontrak dengan anda atau kaunterpart atau meneruskan kontrak dengan anda atau kaunterpart
  • menjejaskan secara negatif peluang anda untuk terpilih bagi mana-mana potensi pekerjaan, perjanjian atau latihan amali

Dengan menghantar data peribadi kepada kami, anda sedia maklum bahawa:

  1. Anda telah membaca dan memahami Notis Privasi ini dan bersetuju serta membenarkan penggunaan, pemprosesan dan pemindahan data peribadi seperti dinyatakan di sini; dan
  2. Semua maklumat dan pernyataan yang diberikan adalah betul dan benar sepanjang pengetahuan anda dan anda tidak dengan sengaja meninggalkan apa-apa maklumat yang relevan yang mungkin boleh mendatangkan kesan buruk.

Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau pertanyaan mengenai notis ini, amalan pengendalian privasi dan maklumat kami atau ingin melaksanakan hak anda sebagai subjek data, sila hubungi:

Pegawai Privasi Data

icon

03 – 2263 8888/8930

icon

­­­­­­­­­­­­­­­­­­[email protected]

Pengemaskinian terhadap Notis Privasi

Kami mempunyai hak untuk meminda, mengubahsuai, mengubah atau mengemaskini Notis Privasi ini dan Notis Kuki kami atas budi bicara kami dari semasa ke semasa, apabila diperlukan. Notis Privasi dan Notis Kuki terkini yang diterbitkan hendaklah diguna pakai berbanding mana-mana versi terdahulunya. Anda digalakkan untuk menyemak Notis Privasi ini dan Notis Kuki dari semasa ke semasa supaya sentiasa maklum terhadap sebarang perubahan. Anda bersetuju untuk mematuhi terma-terma Notis Privasi dan Notis Kuki termasuk apa-apa kelainan.

Notis Privasi ini dikemaskini kali terakhir pada 15 Ogos 2022.

LAMPIRAN A

  1. AXIATA GROUP BERHAD
  2. AXIATA FOUNDATION
  3. AXIATA SPV1 (LABUAN) LIMITED
  4. AXIATA SPV2 BERHAD
  5. AXIATA SPV4 SDN BHD
  6. AXIATA SPV5 (LABUAN) LIMITED
  7. AXIATA INVESTMENTS (SINGAPORE) LIMITED
  8. AXIATA INVESTMENTS (LABUAN) LIMITED
  9. AXIATA INVESTMENTS (INDONESIA) SDN BHD
  10. AXIATA (CAMBODIA) HOLDINGS LIMITED
  11. AXIATA INVESTMENTS (CAMBODIA) LIMITED
  12. AXIATA BUSINESS SERVICES SDN BHD
  13. XPAND INVESTMENTS (LABUAN) LIMITED
  14. AXIATA MANAGEMENT SERVICES SDN BHD